Cerita mengenai Anunnaki telah diperolehi dari buku Sitchin. Kira-kira 450,000 tahun dahulu, Alalu iaitu seorang pemerintah Anunnaki di Nibiru telah keluar dari planet tersebut dengan kapal angkasa dan menjumpai bumi. Dia mendapati bumi mempunyai banyak emas dimana Nibiru perlukan untuk melindungi atmosfera mereka. Mereka mula melombong emas bumi dan terdapat banyak peperangan berlaku dalam kalangan Anunnaki kerana kuasa. Seterusnya kira-kira 300,000 tahun dahulu, Anunnaki memutuskan untuk mencipta kaum bumi yang bekerja dengan memanupulasi kaum primitif bumi pada ketika itu. Maka dengan itu wujudlah homo-sapien. Pemerintahan bumi di berikan kepada penduduk bumi dan Anunnaki dan kembali ke Nibiru.
Kebanyakan bijak pandai dunia iaitu sejarahwan, ahli arkeologi dan antrofologi menyatakan ia adalah mitos orang Sumeria semata-mata tetapi idea ini menjadi popular dan tersebar terutamanya di internet yang mana Nibiru akan datang lagi sekitar 2003-2013!
Mitos yang hebatkan....Sejarah Anunnaki ini saya perolehi dari laman web http://paranormal.about.com/library/weekly/aa021102a.htm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan